Selamat Datang Ke Portal Rasmi

Madrasah Tarbiyyatul Mustafa Malaysia Lil Banat (MTM)

"Kami berusaha menyediakan pendidikan pengajian & hafazan Al-Quran yang berkualiti tinggi serta pengajian diniah seperti aqidah, akhlak, feqah, sirah dll"

Kelas & Ruang Solat

Kelas dan surau yang selesa

Riadhah

Bersukan dan lawatan

Pengenalan Ringkas MTM

Nama Madrasah Tarbiyyatul Mustafa (MTM) diinspirasikan oleh Al-Habib Mahdi Bin Abu Bakar, yang bermaksud Tarbiyyatul Al-Mustafa, Nabi Muhammad S.A.W, ianya membawa makna yang tinggi tentang peranan madrasah ini di dalam membawa tarbiyah yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W.

Silibus pengajian MTM pada awalnya lebih menumpukan kepada pengajian ilmu (kitab) dan al-Quran untuk pelajar-pelajar lelaki (banin). 

Kempen Saham Akhirat MTM

Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai di luar sana yang berniat untuk menghulurkan bantuan dengan kemampuan masing-masing secara Istiqomah setiap bulan. Segala pemberian yang kami terima kami akan salurkan untuk 6 perkara :

Kelebihan Belajar Di MTM

Yuran bulanan

1.Yuran Pendaftaran - Percuma 2.Yuran Tahunan - Percuma 3.Yuran Pengajian, yuran asrama, yuran makan & minum RM300

Pengajian dan Hafazan Al - Quran

Pelajar akan diajar untuk membaca Al-Quran dengan kaedah talaqqi bersanad bersama para guru yang berdedikasi dan berkemahiran sebelum diwajibkan untuk menghafaz 30 juzu' Al- Quran

Pengajian mata pelajaran Diniah

Disamping penumpuan kepada pengajian dan hafazan Al-Quran, pelajar - pelajar juga akan diajar dengan matapelajaran diniah yang lain seperti Tajwid, Bahasa arab, Feqah, Hafalan hadis 40 dan Adab-adab bagi melahirkan para pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan kehidupan baginda Rasulullah SAW, mereka juga akan dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Kelas Selesa

Susana pengajian yang selesa dan tidak terlalu padat, dengan persekitaran yang tenang memberi suasana kondusif kepada pelajar - pelajar untuk memberi lebih tumpuan kepada pengajian & hafazan Al-Quran

Rehlah Tahunan

Setiap tahun, MTM akan mengadakan program rehlah bagi memberi kerehatan minda kepada pelajar - pelajar disamping membina kasih sayang, merapatkan hubungan sesama pelajar & guru dan menyampaikan ilmu melalui cara yang santai dan berbeza daripada suasana pengajian yang biasa

Guru yang bertauliah berpengalaman & hafaz Quran

Bagi kesemua cabang ilmu dan pengajian pelajar - pelajar akan dibimbing oleh guru - guru yang bertauliah, berpengalaman & hafaz Al-Quran

MTM Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor

Madrasah Tarbiyyatul Mustafa merupakan Penolong Amil kutipan zakat dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak tahun 2019 hingga kini.

MTM menerima pelbagai bayaran zakat harta antaranya:

  • Zakat Fitrah
  • Zakat Simpanan
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat KWSP
  • Zakat Emas
  • DLL

Tempoh & Pengajian Silibus

Silibus pengajian di Madrasah Tarbiyyatul Mustafa Lil Banat (MTM) memberi penekanan kepada pengajian Al-Quran & fardhu ain, manakala tempoh pengajian adalah antara tiga ke lima tahun bergantung kepada kemampuan pelajar dalam menguasai Al-Quran.

Pencarian Guru Tahfiz

Sedang mencari pekerjaan?
Berminat nak bersama MTM? Jom mohon sekarang dan hantarkan resume di bawah.

Ikuti Perkembangan MTM

Madrasah Tarbiyyatul Mustafa Malaysia Lil Banat - MTM

Berdaftar di bawah Majlis Agama Islam, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor & Lembaga Zakat Selangor.