Profil

Pengenalan MTM
Nama Madrasah Tarbiyyatul Mustafa (MTM) diinspirasikan oleh Al-Habib Mahdi Bin Abu Bakar, yang bermaksud Tarbiyyatul Al-Mustafa, Nabi Muhammad S.A.W, ianya membawa makna yang tinggi tentang peranan madrasah ini di dalam membawa tarbiyah yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W.

Ustazah Siti Rahmah Binti Maskor
Silibus pengajian MTM pada awalnya lebih menumpukan kepada pengajian ilmu (kitab) dan al-Quran untuk pelajar-pelajar lelaki (banin). Walaubagaimanapun pada tahun 2023 MTM telah mengubah silibus pengajian dengan lebih menumpukan kepada pengajian Al-Quran & hafazan bagi pelajar-pelajar perempuan (banat), dengan pengajian ilmu (fardhu ain & kitab) masih diterapkan kepada pelajar-pelajar.


Latar Belakang Sekolah

Pada awalnya Madrasah Tarbiyyatul Mustafa telah beropersi dengan perakuan pendaftaran sementara yang di keluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Alhamdulillah, setelah melalui proses pemeriksan dan mendapat kelulusan dari pelbagai agensi yang berkaitan seperti Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama Islam dan juga Majlis Daerah Hulu Selangor, Madrasah Tarbiyyatul Mustafa kemudiannya pada tahun 2020 telah memperolehi perakuan pendaftaran penuh dari Majlis Agama Islam Selangor di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001) dengan nombor perakuan pendaftaran 13S(6) 9/53.
Madrasah Tarbiyyatul Mustafa juga merupakan ahli Persatuan Tahfiz Selangor (PITAS) sejak tahun 2018 dan telah menerima tauliah perlantikan sebagai Penolong Amil kutipan zakat dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak tahun 2019 hingga kini.
Visi
Melahirkan pelajar yang hafiz al-quran, berilmu, berakhlak mulia dan menjadi da’ie yang bertaqwa.


Misi
Berusaha membudayakan al-quran & sunnah sebagai cara hidup disamping menghiasi diri pelajar dengan kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, keterampilan yang luhur dan keimanan yang teguh.
Ahli Jawatankuasa Jemaah Pengurusan MTM

Ustazah Siti Rahmah Binti Maskor
Pengerusi MTM

En Zulfaizal bin Zainal Abidin
Setiausaha MTM

Puan Noor Bayati bt Mohamed
Bendahari MTM

Puan Siti Fazlina bt Mansor,
Timbalan Bendahari MTM

Ustazah Fathimah Az Zahra’ binti Muhammad Jamili
Guru

Puan Nooriszai bt Ishak
AJK

Ustazah Siti Mariam
AJK
Madrasah Tarbiyyatul Mustafa Malaysia Lil Banat - MTM
Berdaftar di bawah Majlis Agama Islam, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor & Lembaga Zakat Selangor.



