PENGAJIAN
TEMPOH & SILIBUS PENGAJIAN
Silibus pengajian di Madrasah Tarbiyyatul Mustafa (MTM) memberi penekanan kepada pengajian & hafazan Al-Quran serta fardhu ain, manakala tempoh pengajian adalah antara tiga ke lima tahun bergantung kepada kemampuan pelajar dalam menguasai Al-Quran.
1. Pengajian Al-Quran
Pengajian Al-Quran dengan asas tajwid dan makhraj yang betul melalui kaedah talaqqi bersama guru – guru yang bertauliah dan berpengalaman


2. Hafazan Al-Quran
Setelah pelajar menguasai bacaan Al-Quran dengan baik, pelajar akan dididik & dibimbing untuk menghafaz 30 juzu’ Al – Quran secara bersistem dan mengikut kemampuan pelajar
3. Pengajian mata pelajaran diniah
Disamping penumpuan kepada pengajian Al-Quran pelajar juga akan diajar dengan subjek-subjek diniah seperti Tajwid, Bahasa Arab, Feqah, Hafalan Hadis 40 & Adab-adab


4. Aktiviti sukan dan riadah
Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan aktiviti – aktiviti riadah dan sukan “in door & out door” yang bersesuaian seperti badminton, catur dan sebagainya.
Selain daripada itu pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan aktiviti dan sukan – sukan sunnah seperti berenang, memanah, berkuda (outdoor), qasidah & latihan perkusi.
Kelayakan Pendaftaran
Pengajian sepenuh masa (tinggal di asrama)
1. Pelajar Perempuan berusia 12 tahun ke atas
2. Mempunyai rekod akhlak yang baik
3. Mempunyai minat & kesungguhan yang tinggi dalam menghafaz Al-Quran & mempelajari ilmu agama
4. Sihat anggota tubuh badan, mental & fizikal.
5. Bersedia untuk tinggal di asrama dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh madrasah.
6. Boleh membaca, menulis & mengira dengan lancar.
7. Mendapat keizinan ibu bapa / penjaga.
8. Lulus ujian temuduga.
Pengajian sepenuh masa (tidak tinggal di asrama)
1. Pelajar Perempuan berusia 7 tahun ke atas
2. Mempunyai rekod akhlak yang baik
3. Mempunyai minat & kesungguhan yang tinggi dalam mempelajari Al-Quran & ilmu agama
4. Sihat anggota tubuh badan, mental & fizikal.
5. Bersedia untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh madrasah.
6. Mendapat keizinan ibu bapa / penjaga.
7. Lulus ujian temuduga.
Pengajian separuh masa (tidak tinggal di asrama)
1. Pelajar Perempuan berusia 5 tahun ke atas
2. Sihat anggota tubuh badan, mental & fizikal.
3. Mendapat keizinan ibu bapa / penjaga.